My Shop

SELAMAT DATANG KE BLOG AWANA MENTARI!

Bagi yang first time masuk blog ni, agak keliru sebab blog ni campor macam-macam cerita, ada jual baju, tudung dan telekung, jual susu pun ada, resepi masakan, cerita peribadi, cerita jahitan, macam-macam semua ada. Jadi tidak terhad kepada jualan pakaian dan tudung sahaja kat sini.... Butik ONLINE kami menawarkan produk dan khidmat kepada semua golongan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik....
Silalah berkunjung ke sini selalu

SELAMAT BERSHOPPING!! ♥ :-)

Assalamualaikum Ladies & Girls !!!

Untuk memilih koleksi tudung dan pakaian, sila klik KOLEKSI TUDUNG dan TUDUNG MANJAKU di bahagian atas. Untuk lebih banyak koleksi dan memudahkan carian, sila klik di bahagian kanan page KOLEKSI HIJAB, KOLEKSI SHAWL, TUDUNG MANJAKU dan KOLEKSI INNER

Juga ada perkhidmatan TEMPAHAN JAHITAN

Harga Diskaun untuk Member Awana Mentari klik sini
Dont forget to follow our blog

Thank you for your support
Regards
♥Nani Maslina ♥

Friday, November 22, 2013

Perkhidmatan Tukar Awning Tudung


Assalamualaikum Ladies & Girls !!!

Kami menyediakan perkhidmatan membaiki tudung-tudung yang rosak specially awning/visor tudung. Selalunya body tudung instant ni tahan lama lebih2 lagi kain yang tebal dan berkualiti, kalau sayang nak let go @ nak sedekah @ buang, boleh hantar ke butik kami, dijamin sedap pakai. Kalau takut tak sesuai, boleh try selai ja dulu....x rugi, insyaallah sedap pakai
 
Tukar Awning Rawsilk - RM 15.00 
kami menggunakan material Rawsilk yang boleh dibasuh dan tak perlu dry cleaning.
Boleh dipilih mengikut kesesuaian dan pelbagai warna sebanyak 75 kaler

Tukar Awning Codroy dan Denim - RM 15.00 
kami juga menggunakan material dari Codroy dan Denim sama ada nak hard visor (ada pengeras) atau yg jenis lembut tapi still yang boleh bentuk muncung dan dibasuh dengan basuhan biasa. Boleh dipilih mengikut kesesuaian dan pelbagai warna sebanyak 30 kaler

Tukar Awning Cotton / Lycra - RM 12.00   (discontinue)
yang ni dah tak buat sebab kaler limited dan susah nak matching dengan material yg ada....selalunya kaler ada beza jugak....so stop terus.
 
Buang Awning + interlock muka syria - RM   5.00 
yang ni pulak kalau ada yang nak jadikan tudung instant berawning ke syria....setengah orang sesuai pakai syria jadi boleh la tukar kalau masih sayangkan kaler/tudung lama tu.
 

Contoh selepas tukar...cantik kan :)






















* Untuk tempahan online, anda perlu pos tudung anda dan nyatakan warna dan jenis material kain awning yang anda pilih.
* Tempoh siap adalah 1-2 minggu (tidak termasuk masa untuk pos)
* Harga di atas tidak termasuk caj penghantaran