My Shop

SELAMAT DATANG KE BLOG AWANA MENTARI!

Bagi yang first time masuk blog ni, agak keliru sebab blog ni campor macam-macam cerita, ada jual baju, tudung dan telekung, jual susu pun ada, resepi masakan, cerita peribadi, cerita jahitan, macam-macam semua ada. Jadi tidak terhad kepada jualan pakaian dan tudung sahaja kat sini.... Butik ONLINE kami menawarkan produk dan khidmat kepada semua golongan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik....
Silalah berkunjung ke sini selalu

SELAMAT BERSHOPPING!! ♥ :-)

Assalamualaikum Ladies & Girls !!!

Untuk memilih koleksi tudung dan pakaian, sila klik KOLEKSI TUDUNG dan TUDUNG MANJAKU di bahagian atas. Untuk lebih banyak koleksi dan memudahkan carian, sila klik di bahagian kanan page KOLEKSI HIJAB, KOLEKSI SHAWL, TUDUNG MANJAKU dan KOLEKSI INNER

Juga ada perkhidmatan TEMPAHAN JAHITAN

Harga Diskaun untuk Member Awana Mentari klik sini
Dont forget to follow our blog

Thank you for your support
Regards
♥Nani Maslina ♥

Monday, April 21, 2014

Telekung Moden

Assalamualaikum ladies....♡♥♡

Kami mengeluarkan design terbaru telekung moden menggunakan material lycra berkualiti dengan soft visor dari kain lycra corak yang sangat selesa dipakai. Untuk melengkapkan telekung dengan gaya moden, kami tambah border di bahagian bawah telekung untuk sentuhan lebih klasik dan elegan

 Telekung Naila
Patern : Telekung dengan soft visor
Saiz :  XX labuh x XX labuh belakang
Material body : Lycra 320 gm (tebal)
Material Visor : Lycra Corak
Visor : Soft visor

HARGA RM150

Bilik dan ruang Jahitan

Alhamdulillah,

Saya tak pernah belajar menjahit apatah lagi menghadiri kelas jahitan, tapi anugerah paling indah yang ALLAH SWT kurniakan adalah saya mempunyai bakat jahitan secara semulajadi. Insyaallah saya akan cuba berusaha untuk baiki kekurangan dlm jahitan ini

Di Butik Awana Mentari, saya dah siapkan tempat dan ruang yang sgt selesa untuk kerja-kerja jahitan

Inilah mesin jahitan kesayangan saya
1. Mesin Jahit Lurus
2. Mesin Jahit tepi Halus (Overlock)
3. Mesin Jahit tepi biasa

Saya belajar guna mesin ni mulai tahun 2011, alhamdulillah berjaya jugak walaupun tak pernah belajar sebelum ni





Ini pulak koleksi benang jahitan yang telah saya asingkan mengikut warna
Comel kan :)


Ini la koleksi benang jahit tepi kat butik....cantik berwarna-warni
Nak buat keja pun senang bila tersusun mcm ni













Inilah antara koleksi kain Rawsilk untuk buat awning tudung...ada lebih kurang 90 warna