My Shop

SELAMAT DATANG KE BLOG AWANA MENTARI!

Bagi yang first time masuk blog ni, agak keliru sebab blog ni campor macam-macam cerita, ada jual baju, tudung dan telekung, jual susu pun ada, resepi masakan, cerita peribadi, cerita jahitan, macam-macam semua ada. Jadi tidak terhad kepada jualan pakaian dan tudung sahaja kat sini.... Butik ONLINE kami menawarkan produk dan khidmat kepada semua golongan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik....
Silalah berkunjung ke sini selalu

SELAMAT BERSHOPPING!! ♥ :-)

Assalamualaikum Ladies & Girls !!!

Untuk memilih koleksi tudung dan pakaian, sila klik KOLEKSI TUDUNG dan TUDUNG MANJAKU di bahagian atas. Untuk lebih banyak koleksi dan memudahkan carian, sila klik di bahagian kanan page KOLEKSI HIJAB, KOLEKSI SHAWL, TUDUNG MANJAKU dan KOLEKSI INNER

Juga ada perkhidmatan TEMPAHAN JAHITAN

Harga Diskaun untuk Member Awana Mentari klik sini
Dont forget to follow our blog

Thank you for your support
Regards
♥Nani Maslina ♥

Saturday, May 31, 2014

PENGORBANAN WANITA DALAM RUMAHTANGGA



 TANGGUNGJAWAB WANITA DALAM RUMAHTANGGA

 


SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Saya terbaca tulisan wanita bersara pilihan kala berusia pertengahan 40-an. Beliau mempunyai tujuh orang anak di peringkat usia remaja.
Ia menarik hati apabila beliau menyatakan bagaimana setiap hari seusai solat Subuh, hatinya bertanya kepada diri:

"Apakah aktiviti hari ini yang mahu aku lakukan?"

Perkara sama juga diluahkan oleh seorang wanita muda yang terpaksa melepaskan kerjayanya mengikuti suami bertugas di luar negara.
Rutin hariannya bertukar sama sekali. Tugasnya bertumpu pada memasak, menguruskan rumah tangga dan melayani kerenah anak-anak dan suami.
Ungkapannya juga jelas: "Kadang-kadang muncul rasa bosan menjalani kehidupan seumpama ini. Ia rutin yang serupa setiap hari."

Duhai wanita yang dimuliakan. Tahukah puan apa yang telah kita putuskan kesemuanya gerak hati dari Allah? Percayalah, sesungguhnya wanita beriman mereka yang taat kepada Allah dan menurut suruhan Rasul-Nya serta menjadikan al-Quran sebagai pedoman.

Wanita beriman menjadikan surah adz-Dhariyat ayat 56 sebagai objektif kehidupan di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Lalu lembutkan hati dengan menerima dan merasai betapa yang dilakukan adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya.
Kesemua ibadat pasti dihitung pada hari pembalasan nanti. Insya-Allah, hilanglah gundah-gulana di jiwa.
Bukankah kita percaya dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya? Tugas sebagai isteri, ibu dan apa sahaja urusan yang telah dipertanggungjawab kepada wanita adalah suatu amanah yang wajib dipikul.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas semata-mata kerana taat kepada Allah SWT. Malah, kita turuti nasihat dan teladan sebagaimana ajaran Baginda SAW.
Duhai wanita yang dilembutkan hati untuk mentaati suaminya, apakah puan menyesal membuat pilihan bersara atau meletakkan jawatan tinggi kerana mahu menguruskan keluarga? Usahlah begitu. Ia gerak hati dari Allah.

Tanggungjawab
Pernahkah kita lalui ketika tubuh dan jasad begitu terbeban dengan urusan kerja? Kemudian, bila pulang ke rumah terasa mual dan loya melihat betapa tidak terurusnya rumah tangga.
Pernahkah kita menangis di dalam hati menanggung tekanan ini sehingga bagaikan mahu berhenti kerja? Malah, kita hilang sabar lalu melepaskan segalanya kepada suami dan anak-anak hingga ada ketikanya terbawa ke pejabat.
Pernahkah kita merasa belas melihat bayi dan anak-anak yang masih kecil ditinggalkan walaupun kelopak matanya masih terbuka kerana mahu ke tempat kerja? Bila pulang mereka sudah tidur bersama pembantu.



SOLAT berjemaah bersama keluarga merupakan antara kunci mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. – Gambar hiasan



Pernahkah kita menangis sendirian memikirkan tidak berpeluang memandi dan menyuapkan anak sendiri? Alih-alih anak membesar bersama pengasuh. Mereka lebih senang bercerita rahsia diri kepada pengasuh berbanding si ibu kandung.
Lalu Allah memakbulkan lintasan hati dengan melembutkan hati membuat pilihan begitu sehingga ada berasa hairan terhadap diri sendiri dengan tindakan mereka yang di luar jangka.
Misalnya, seorang bekas doktor perubatan berasa bebas dari perkataan on-call dan pernah berkata: "Saya tidak pernah terbayang akan berhenti kerja sebelum umur bersara. Allah... saya tidak menyesal. Kini saya mempunyai masa untuk keluarga dan diri sendiri. Rupanya banyak perkara lain yang bermanfaat dapat saya lakukan."
Seorang wanita berkelulusan doktor falsafah (PhD) yang terpaksa berhenti kerja kerana mahu bersama suami bermukim di luar negara berkata: "Apalah yang ada pada seorang isteri, hidup bersendirian menjalani kehidupan tanpa suami di sisi?"
Lalu, apabila reda, Allah mengurniakan nikmat kelapangan masa dan rasa bahagia dengan pilihan mereka. Wajah mereka ceria dan dengan berlapang dada, mereka melahirkan kata-kata bahawa tiada perasaan bosan kerana kini, setiap hari mereka dapat melakukan apa yang mahu dilakukan.

Masa
Sungguh setiap hari yang kita lalui pasti berbeza. Misalnya, setiap hari kita menyediakan atau makan hidangan berlainan.
Kita melihat wajah dan watak yang hampir berbeza setiap hari kerana mengalami peristiwa yang tidak sama. Mana ada satu hari yang Allah cipta serupa secara mutlak. Tidak. Tidak mungkin berlaku begitu.
Duhai wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya... jalanilah kehidupan baharumu dengan penuh bermakna bersama keluarga. Bahagiakan masamu untuk mereka dan untuk diri sendiri. Sesungguhnya kehidupan ini amat singkat.
Anak-anak membesar begitu pantas sekali. Mereka menjadi remaja, menyambung pengajian, keluar bekerja dan akhirnya berumah tangga. Mereka pasti meninggalkan sarang mereka. Akhirnya isteri hanya memiliki suami.
Hidup bersama suami juga sangat terhad masanya. Pejam celik, tiba-tiba mata melihat wajah kacak dan tubuh sasanya menghilang. Rambut, misai dan janggutnya berubah warna.
Duhai wanita... kenangilah apa yang telah dilalui semalam. Hayati apa yang ada pada hari ini. Fikirkan apa yang harus dilakukan untuk bekalan hari esok.
Sungguh, hidup ini singkat.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

Friday, May 23, 2014

Tempahan Pelanggan

Tempahan Tudung

Assalamualaikum Ladies & Girls !!!


SEBELUM ANDA TEMPAH TUDUNG, PASTIKAN ANDA FAHAMI PERKARA2 YANG TERSENARAI DAN SETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YE :-)
Sila KLIK SINI untuk terma & syarat

Ini adalah antara Koleksi Awana Mentari yang ditempah oleh pelanggan setia kami, yang sangat spoting beri kebenaran share gambar personal 

Tempahan dari Suhana
Tudung Syria Chifon 3 Layer
bersama Inner Neck
Saiz M

 

 Tempahan dari Ruswahida
Halfmoon 2 layer dengan lace 
nak match dengan bajunya

 Tempahan dari Idayu Sofna 
Tudung Chifon 2 Layer
Awning Rawsilk
Saiz M


 Zaonah dengan Shawl Zetty
Shawl dwitone


Shawl Butterfly L tempahan dari adik ipar



Tempahan dari Milazita
Tudung Chifon 3 Layer
saiz L

Tempahan dari Fairuz
Shawl Zetty Dwitone
Inner Neck yang sangat2 selesa, 
Customer setia Inner neck Awana Mentari


Shawl Butterfly memang ramai yang tempah...tak tertulis kan sini
Saiz M, L, dan XL

Thursday, May 22, 2014

Buat Baik Dibalas Baik


Usahawan Berjaya

Tip Usahawan Berjaya

Ini adalah entri dari salah seorang usahawan berjaya
D'Mahligai Scarf

Mengapa kami pilih BISNES ONLINE?
(Cerita 3 Setengah Tahun Lepas)
1. Kami pemalu.
2. Modal kami kecil. Bermula hanya dari rumah sahaja. Malah dengan sebuah laptop berusia 7 Tahun.
3. Kami tinggal di kampung tempat di mana kuasa membeli kecil. Dengan Bisnes Online, kami boleh menjual dengan golongan bandar.
4. Pasaran Luas. Tiada sempadan
5. Boleh beroperasi 24 Jam sehari, 365 Hari setahun tanpa tidak kisah kami berada di mana2.
Mula2 dulu kami langsung tidak tahu tentang bisnes online. Facebook baru sahaja dibuat masa nak bisnes. Blog atau website langsung tidak tahu.
Tetapi kami nampak Potensi Bisnes Online ni bagaimana.
Dan kami bermula dari tidak pandai. Diketawakan orang
Pengalaman dan Ilmu yang dicari dari Cikgu Google dan Youtube, Kelas atau Seminar, networking bersama rakan2 bisnes sealiran banyak menjadikan kami seperti sekarang ini.
Doa dan tawakal tidak dilupakan
Jangan malu bermula dari bawah. Tanamkan keyakinan dalam diri. Pandang depan, tutup telinga dan teruskan langkahan setapak demi setapak. Dan kadang2 berlari

Salam Usahawan
D' Mahligai Scarf

Tuesday, May 20, 2014

Tutorial Tukar Awning Tudung


Cara Tukar Awning Tudung

Proses menyediakan awning



 1
- Sediakan kain untuk awning, di sini saya buat contoh menggunakan kain dari material Rawsilk
- Saya gunakan pengeras / bakrum saiz biasa 2.5 inci.
- Seterika dan jahit seperti gambar ni



2
- Alihkan bakrum d bahagian yang ada jahitan.
- Tekap atau trace saiz awning yang kita nak tu...yg sesuai dengan muka










3
- potong lebihan dalam 1/2 inci dari garisan tadi untuk basi jahitan










 Proses Membuang Awning Lama / Rosak





4 - Sediakan tudung yang nak dibaiki tu. Tetas di sekeliling awning mcm dalam gambar ni






























  


5 - Potong mengikut garisan benang yang ditetas tadi. Close up garisan tetas





6
- TARAAAA..... dah siap potong










7 - Letakkan untuk kemaskan garisan di bahagian muka, nampak kan garisan tak sama tu? Yg tu kenala potong sbb nanti awning akan senget kalau kita biar mcm tu




















8 - Ok dah sama kan, potong sikit di bucu kain bentuk segitiga sebagai penanda untuk sambung awning rawsilk yang dah siap nanti



Proses Menyambungkan Awning Baru





9
- Awning yang siap tadi dipotong bentuk V jugak di tengah-tengah seperti dalam gambar








10
- Sediakan body tudung dan diletakkan seperti ini











11
- Letakkan awning di atas body tudung seperti dlm gambar. samakan kedudukan V tadi dan pinkan









12
- Pinkan sehingga kemas









13
- Jahit cantum awning mengikut garisan yang telah ditekap tadi sehingga habis












14
Jahit tepi dari dagu sehingga habis ke semua















15
- Jahit tindih di bahagian luar awning dan siap.











Kalau rasa proses ni susah atau rumit nak buat sendiri...boleh hantar kepada saya.
Caj perkhidmatan tukar awning boleh KLIK SINI

Selamat mencuba :)

Monday, May 19, 2014

Kerja Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Kerja Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Cerita di bawah ni adalah hasil nukilan dari seseorang....inilah yang aku impikan selama ini tapi bolehkah aku teruskan dengan niatku ini demi suami dan anak2.

Ingin menjadi surirumah dan bekerja di rumah
Ingin memasak dengan air tangan sendiri kepada suami dan anak2
Ingin mendidik dan mengasuh anak2
Ingin menumpukan sepenuh masa menjaga makan pakai suami

Persoalannya...mampukan aku dengan keadaan ekonomi yang tak menentu...harga barang melambung2, kos-kos keperluan harian dah tak mcm dulu....hmmmm
Renung2kanlah
Berbagai2 pendapat  melalui link di bawah

http://www.sofinahlamudin.com
http://qistinasumaiya.blogspot.com
http://www.usahawan.com


Ni salah satu entri yang saya rasa menarik nak share....
http://akuislam.com

Kisahku Ketika Makan Gaji dan Selepas Kerja Sendiri

Dua hari lepas aku menghadiri satu sharing session yang dianjurkan oleh satu group usahawan muda yang amat berjaya.
Dan salah satu sharing yang betul-betul membuatkan aku termenung dan mengelamun mengenangkan diri aku sendiri apabila dia menyentuh bab kerja makan gaji dan kerja sendiri.
Lebih kurang 18-22 orang hadirin yang semuanya ialah lelaki dan ada di kalangan mereka ialah usahawan sepenuh masa dan ada sebahagiannya masih kerja makan gaji dan melakukan kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan.

Mentaliti Aku Dahulu Ketika Makan Gaji

Bagi orang yang makan gaji, mentaliti dari segi rezeki yang dapat setiap bulan memang amat berbeza dengan orang yang membuat bisnes sendiri.
Setiap bulan kita pasti akan mendapat gaji dan tidak pernah risau akan saat di mana duit tidak cukup. Kalau duit habis belanja bulan ini, ahhh tak pe, bulan depan dapat lagi, apa susah !!
Memandangkan aku juga dahulu seorang yang makan gaji dengan gaji bulanan yang agak lumayan maka aku bersetuju dengan beliau.
Apabila tetiba bulan ini aku terlebih belanja, aku tak pernah risau yang duit tak akan habis sebab bulan depan pasti majikan aku akan bayar gaji.
Namun atas sebab yang tertentu yang tidak didapat elakkan aku terpaksa bekerja sendiri walaupun aku agak menyesal pada mulanya kerana berhenti kerja.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya – itulah yang boleh aku katakan pada diriku sendiri untuk menyedapkan hati.

Mentaliti Aku Sekarang Apabila Buat Kerja Sendiri

Tetapi apabila kita berbisnes sendiri dan menghadapi saat apabila bulan tertentu duit habis belanja dan mengenangkan bisnes yang tidak begitu memberangsangkan, adakah kita akan terfikir bahawa, emm, tak pelah bulan depan gaji masuk lagi…
Sejujurnya, aku akan tidak senang duduk kerana tiada majikan yang akan beri gaji lumayan yang tetap setiap bulan sebab makan minum aku dan keluarga semuanya bergantung kepada bisnes ini.
Dan ketika saat susah begini lah dalam hati sentiasa bermonolog, ” Ya Allah, berilah aku pelanggan hari ini” ” Ya Allah, tunjuk lah jalan aku dalam buat bisnes ini “.
Dan ketika inilah sejadah baru dicari untuk memohon petunjuk darinya…
Berbeza dengan aku dahulu ketika makan gaji, boleh dikatakan tidak pernah mencari sejadah untuk solat hajat secara sendiri memohon untuk permudahkan urusan pekerjaan aku.
Kalau ada pun itu pun sebab imam yang ajak solat hajat berjemaah sesudah solat Maghrib atau Isya’ di masjid dan bukannya kehendak diri sendiri.
Sememangnya perniagaan yang aku ceburi ini banyak mengajar aku untuk lebih mengingati-Nya dan sentiasa meminta dengan-Nya walaupun ketika hendak tidur.
Dan sedikit demi sedikit jalan yang ditunjukkan semakin nampak walaupun kadang-kadang kita tak perasan.
Contohnya kalau dulu aku seorang yang buta IT dan sekarang aku dah boleh mencari sesuap nasi secara online walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Sesuatu yang tidak aku sangka.
Apa yang dikongsikan oleh uasahawan tersebut tentang kisah hidup dia memang betul sama dengan situasi aku dahulu dan sekarang. Kadang-kadang kita tidak sedar percaturan Allah memang terbaik untuk kita.

Sentiasalah Bersangka Baik Kepada-Nya

Walaupun pendapatan bisnes sendiri tidaklah selumayan ketika makan gaji dahulu namun aku bersyukur dan redha atas kehendak-Nya kerana ustaz sentiasa berpesan di dalam ceramah,
“Walaupun seteruk mana ujian yang kita hadapi di dunia, kita wajib bersangka baik yang percaturan Allah lebih baik daripada segala-galanya”.
Wassalam. :)
******
Penulis iaitu Zufar merupakan seorang insan dan usahawan yang mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu islamik dan juga merupakan seorang penulis di caridestinasi.com yang memaparkan kisah dan panduan peribadi ke tempat-tempat menarik di Malaysia amnya.

Wednesday, May 14, 2014

Keluargaku

Inilah keluarga kecilku....


Aku dan suami Che Mohamad dan anak lelaki tunggal dalam keluarga Muhammad Emir Izzat



   Yang ni Kakak yang sulung, namanya Hanis Izzati

















Yang ni pulak anak kedua...Farra Izzati









Ni budak cakap pandai....Ummi Izzati


I


Inilah one and only Boy in the family...senyum sokmo
Muhammad Emir Izzat




INNER NECK MAGIC

INNER NECK MAGIC
Assalamualaikum ladies....♡♥♡

Kami mengeluarkan inner neck magic menggunakan material cotton lycra berkualiti dengan soft visor yang sangat selesa dipakai. Dengan potongan awning yang labuh hingga ke pipi dan muncung, akan menampakkan bentuk muka yang bujur kepada pemakai. Tudung ini direka khas oleh Awana Mentari untuk mereka yang gemar awning muncung dan tak melekap di dahi. Amat sesuai bagi anda yang mempunyai muka berbentuk bulat...

Material : Cotton Lycra 
Harga Biasa : RM 20
Saiz : 17in belakang x 8in depan
Saiz muka : 10.5in +- (stretchable)



RM 16
(pembelian 5 helai ke atas)


RM 14
(pembelian 10 helai ke atas)


RM 12
(pembelian 20 helai ke atas)

WARNA-WARNA JANUARI 2015 

25 WARNA PILIHAN
 

WARNA 2014



Material Kain Tempahan Pukal

Jenis Kain

Tempahan Secara Pukal

Tempahan secara pukal boleh dibuat dengan 2 pilihan iaitu dengan menggunakan kain sendiri atau kain disediakan oleh pihak kami.
Jenis-jenis Kain yang popular untuk tudung dan shawl

1.   Kain Lycra 
280 gm - kain ini sesuai untuk tudung biasa dan layer kerana kain ni agak lembut dan nipis
320 gm - kain ini sesuai untuk telekung dan baju atau jubah


2.   Kain Chifon
Kain chifon ini sesuai dijadikan shawl dan tudung berlayer sbb kainnya yang nipis dan lembut. Cantik beralun jika dibuat shawl


3.   Kain Satin
Kain jenis ini ada yang berkilat dan ada yang satin dull (mahal sikit) sesuai dibuat shawl dan tudung 4 segi

4.   Lycra Cotton
Kain ini hanya sesuai untuk inner neck disebabkan material yang cepat berbulu jika dibasuh.

5.   Kain Denim
Kain denim adalah kain pelbagai guna, noleh dibuat tudung, awning tudung, shawl, palazo, jubah, aju kurung dan mcm2 lagi

6.   Kain Codroy
Kain ini sesuai untuk dibuat kemeja, seluar dan awning tudung

7.   Rawsilk
Kain ini untuk membuat Awning tudung, kemeja juga sesuai tetapi agak panas sikit. Kain ini senang dijaga kerana boleh dibasuh seperti biasa tak perlu dryclean.


HARGA Tempahan Pukal boleh merujuk di sini

KLIK SINI

Jenama Produk Sendiri

Jenama Identiti Kita, Jenama Produk Tudung Awana Mentari


Jual Produk Dengan Jenama Sendiri 


Kenapa perlu jenama sendiri dalam bisnes kita?

Apabila saya buat carian melalui google kebanyakan penjual shawl atau tudung di internet yang popular mempunyai kedai online mereka sendiri dan menjual pelbagai jenis tudung dan shawl dengan jenama mereka sendiri. Begitulah sebenarnya yang patut kita lakukan jika hendak berjaya dalam perniagaan. Mempopularkan jenama kita sendiri.

Antara jenama tudung yang popular di pasaran seperti.

Tudung Fareeda, Tudung Pearl Haya, Tudung Ariani, Tudung Ratu, Tudung D’haja, Tudung Abu Dhabi 


Antara jenama tudung lain yang popular yang saya google di internet seperti tudung aidijuma, tudung inspirasi hana, jelita sara, tudung khadeeja, tudung Al-Humaira, tudung radiusite, tudung sugarscarf dan banyak lagi.

Kebanyakan mereka yang berjaya bermula dengan menjual tudung secara online dan diri situ mereka mula mencipta jenama mereka sendiri.

Mereka mencipta jenama mereka sendiri dan akhir popular.

Kenapa kita perlu mencipta jenama kita sendiri?

Dengan jenama sendiri kita mula membina kredibiliti dan profesionalisme. Kredibiliti kita akan meningkat apabila kita mempunyai jenama perniagaan kita sendiri.

Jenama yang baik akan memberi imej awal yang positif, ekslusif dan profesional bagi perniagaan kita.

Dengan jenama sendiri, sebagai penjual kita boleh membentuk kesetiaan pelanggan. Jenama mempunyai pengaruh. Ini penting untuk kita terus hidup dan bersaing. Lihat sahaja tudung fareeda yang berjaya membentuk  kesetiaan pelanggan yang tinggi. Jika ditanya kepada peminat tudung fareeda, mereka tidak akan membeli tudung dari tempat lain kecuali dari fareeda walaupun tudung yang seakan sama dengan kualiti yang hampir sama dan harga yang lebih murah. Fanatik sungguh.

Jenama juga dapat memberi nama atau imej ke atas barangan atau perkhidmatan kita untuk kekal dalam pasaran. Kalau kita tidak ada nama, kita akan tercicir dan ketinggalan. Persepsi pelanggan akan terbina terhadap suatu produk atau perkhidmatan kita jika kita ada jenama. Ini merupakan suatu bentuk hubungan emosi antara penjual dan pelanggan. 


Jika kita membeli suatu produk dengan jenama tertentu dan produk itu berkualiti dan kita berpuas hati. Maka persepsi kita terhadap produk tersebut tentunya baik dan semua produk keluarannya juga kita akan anggap baik. Tentunya ita tidak akan membeli dari jenama yang lain.

Insyaallah Awana Mentari juga mempunyai kualiti produk yang baik. Bolehlah datang lagi.

Apabila jenama kita sudah ada dihati pelanggan. Produk kita yang lain juga akan dibeli pelanggan. Kita boleh keluarkan produk-produk baru kita bila-bila masa sahaja. Tentunya akan laku kerana sudah ada pembeli.

Dengan jenama juga kita dapat mengekalkan hubungan dengan pelanggan di mana ia dapat mewujudkan suatu ingatan  pelanggan terhadap jenama kita. Bayaran mahal sanggup dibayar demi kerana jenama. Jual harga tudung tiga empat ratus ringgit pun akan dibeli oleh pelanggan.

Dengan jenama juga kita dapat membeza produk yang hampir serupa. Jika kita jual tudung atau shawl, orang lain juga menjual tudung dan shawl tetapi disebabkan oleh  jenama, produk kita kelihatan berlainan daripada produk org lain. Tentunya kita akan menang di pasaran.

Jadi tidak hairanlah ramai yang menggunakan artis dan menaja berjuta-juta ringgit sesuatu program hanya kerana jenama. Tidak kurang juga tudung dan shawl.

Bagi yang ingin memulakan produk jenama sendiri, Insyaallah saya akan bantu sedaya mungkin. Saya akan membantu anda memulakan jenama sendiri. Jangan lupa hantar kepada saya label jenama anda untuk saya jahitkan. Sama-sama kita menuju ke arah kejayaan. Insyaallah.



Nani Maslina

JAHITAN PUKAL

JAHIT TUDUNG SECARA PUKAL

Ingin memiliki Jenama Tudung anda sendiri yang berpermintaan tinggi hingga mampu kaut UNTUNG BESAR & Musnahkan Pesaing-Pesaing Anda Yang Terdesak Suka Sangat Main Perang Harga Tu!

Adakah Anda Salah-Seorang Daripada Usahawan Pakaian dan Tudung Yang SERIUS Ingin Berjaya?

Anda berimpian dan bercita-cita mempunyai barisan jenama pakaian
wanita Muslimah sendiri untuk dijual
Anda ingin mempunyai jenama tudung terkini
Anda ingin buat tudung labuh sendiri dan pasarkan di atas jenama
syarikat anda sendiri
Adakah anda inginkan tudung-tudung fesyen terkini sendiri seperti
bawal, tudung 3 layer dan 2 layer
Anda yang yang tercari-cari peluang menjana pendapatan sampingan
dengan menjual tudung atau pakaian wanita secara online
Anda teringin sangat buat tudung shawl halfmoon kegilaan remaja
masakini
Anda mempunyai perancangan membuka kedai pakaian tradisional,
wanita, Muslimah atau butik pakaian kanak-kanak jenama sendiri
Anda ingin menjadi pemborong pakaian yang terkenal di Malaysia
Sudah 2-5 tahun atau lebih berkecimpung secara serius dalam bidang
perniagaan pakaian wanita


Jika YA, anda memang salah-seorang daripada mereka di atas, ataupun memang ke semuanya apa yang anda inginkan, memang anda berada di tempat yang betul. Untuk mencapai segala impian yang saya nyatakan di atas tadi tu, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Banyak cabaran, rintangan dan halangan yang terpaksa anda tempuhi
 Kami boleh membantu anda
Tailor Tudung Pukal -
"Perkhidmatan Menjahit Tudung Secara Pukal"

OK, kini sudah tentu anda akan mula tertanya-tanya, berapakah sebenarnya pelaburan anda untuk menempah pakaian atau tudung dengan kami dibawah jenama anda sendiri secara pukal?
Berapa harganya? Ada pakej ke? Mana nak dapatkan details nya?
Harga adalah subjektif kerana bergantung kepada design dan pattern yang ingin anda buat selain daripada jumlah kuantiti yang ingin anda tempah.

Saya akan senaraikan nanti
Terima kasih sudi membaca :)
NANI MASLINA

Harga Tempahan Pukal
KLIK SINI