My Shop

SELAMAT DATANG KE BLOG AWANA MENTARI!

Bagi yang first time masuk blog ni, agak keliru sebab blog ni campor macam-macam cerita, ada jual baju, tudung dan telekung, jual susu pun ada, resepi masakan, cerita peribadi, cerita jahitan, macam-macam semua ada. Jadi tidak terhad kepada jualan pakaian dan tudung sahaja kat sini.... Butik ONLINE kami menawarkan produk dan khidmat kepada semua golongan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik....
Silalah berkunjung ke sini selalu

SELAMAT BERSHOPPING!! ♥ :-)

Assalamualaikum Ladies & Girls !!!

Untuk memilih koleksi tudung dan pakaian, sila klik KOLEKSI TUDUNG dan TUDUNG MANJAKU di bahagian atas. Untuk lebih banyak koleksi dan memudahkan carian, sila klik di bahagian kanan page KOLEKSI HIJAB, KOLEKSI SHAWL, TUDUNG MANJAKU dan KOLEKSI INNER

Juga ada perkhidmatan TEMPAHAN JAHITAN

Harga Diskaun untuk Member Awana Mentari klik sini
Dont forget to follow our blog

Thank you for your support
Regards
♥Nani Maslina ♥

Wednesday, May 14, 2014

Jenama Produk Sendiri

Jenama Identiti Kita, Jenama Produk Tudung Awana Mentari


Jual Produk Dengan Jenama Sendiri 


Kenapa perlu jenama sendiri dalam bisnes kita?

Apabila saya buat carian melalui google kebanyakan penjual shawl atau tudung di internet yang popular mempunyai kedai online mereka sendiri dan menjual pelbagai jenis tudung dan shawl dengan jenama mereka sendiri. Begitulah sebenarnya yang patut kita lakukan jika hendak berjaya dalam perniagaan. Mempopularkan jenama kita sendiri.

Antara jenama tudung yang popular di pasaran seperti.

Tudung Fareeda, Tudung Pearl Haya, Tudung Ariani, Tudung Ratu, Tudung D’haja, Tudung Abu Dhabi 


Antara jenama tudung lain yang popular yang saya google di internet seperti tudung aidijuma, tudung inspirasi hana, jelita sara, tudung khadeeja, tudung Al-Humaira, tudung radiusite, tudung sugarscarf dan banyak lagi.

Kebanyakan mereka yang berjaya bermula dengan menjual tudung secara online dan diri situ mereka mula mencipta jenama mereka sendiri.

Mereka mencipta jenama mereka sendiri dan akhir popular.

Kenapa kita perlu mencipta jenama kita sendiri?

Dengan jenama sendiri kita mula membina kredibiliti dan profesionalisme. Kredibiliti kita akan meningkat apabila kita mempunyai jenama perniagaan kita sendiri.

Jenama yang baik akan memberi imej awal yang positif, ekslusif dan profesional bagi perniagaan kita.

Dengan jenama sendiri, sebagai penjual kita boleh membentuk kesetiaan pelanggan. Jenama mempunyai pengaruh. Ini penting untuk kita terus hidup dan bersaing. Lihat sahaja tudung fareeda yang berjaya membentuk  kesetiaan pelanggan yang tinggi. Jika ditanya kepada peminat tudung fareeda, mereka tidak akan membeli tudung dari tempat lain kecuali dari fareeda walaupun tudung yang seakan sama dengan kualiti yang hampir sama dan harga yang lebih murah. Fanatik sungguh.

Jenama juga dapat memberi nama atau imej ke atas barangan atau perkhidmatan kita untuk kekal dalam pasaran. Kalau kita tidak ada nama, kita akan tercicir dan ketinggalan. Persepsi pelanggan akan terbina terhadap suatu produk atau perkhidmatan kita jika kita ada jenama. Ini merupakan suatu bentuk hubungan emosi antara penjual dan pelanggan. 


Jika kita membeli suatu produk dengan jenama tertentu dan produk itu berkualiti dan kita berpuas hati. Maka persepsi kita terhadap produk tersebut tentunya baik dan semua produk keluarannya juga kita akan anggap baik. Tentunya ita tidak akan membeli dari jenama yang lain.

Insyaallah Awana Mentari juga mempunyai kualiti produk yang baik. Bolehlah datang lagi.

Apabila jenama kita sudah ada dihati pelanggan. Produk kita yang lain juga akan dibeli pelanggan. Kita boleh keluarkan produk-produk baru kita bila-bila masa sahaja. Tentunya akan laku kerana sudah ada pembeli.

Dengan jenama juga kita dapat mengekalkan hubungan dengan pelanggan di mana ia dapat mewujudkan suatu ingatan  pelanggan terhadap jenama kita. Bayaran mahal sanggup dibayar demi kerana jenama. Jual harga tudung tiga empat ratus ringgit pun akan dibeli oleh pelanggan.

Dengan jenama juga kita dapat membeza produk yang hampir serupa. Jika kita jual tudung atau shawl, orang lain juga menjual tudung dan shawl tetapi disebabkan oleh  jenama, produk kita kelihatan berlainan daripada produk org lain. Tentunya kita akan menang di pasaran.

Jadi tidak hairanlah ramai yang menggunakan artis dan menaja berjuta-juta ringgit sesuatu program hanya kerana jenama. Tidak kurang juga tudung dan shawl.

Bagi yang ingin memulakan produk jenama sendiri, Insyaallah saya akan bantu sedaya mungkin. Saya akan membantu anda memulakan jenama sendiri. Jangan lupa hantar kepada saya label jenama anda untuk saya jahitkan. Sama-sama kita menuju ke arah kejayaan. Insyaallah.



Nani Maslina