Kerja Makan Gaji VS Kerja Sendiri
Cerita di bawah ni adalah hasil nukilan dari seseorang....inilah yang aku impikan selama ini tapi bolehkah aku teruskan dengan niatku ini demi suami dan anak2.Ingin menjadi surirumah dan bekerja di rumah
Ingin memasak dengan air tangan sendiri kepada suami dan anak2
Ingin mendidik dan mengasuh anak2
Ingin menumpukan sepenuh masa menjaga makan pakai suami
Persoalannya...mampukan aku dengan keadaan ekonomi yang tak menentu...harga barang melambung2, kos-kos keperluan harian dah tak mcm dulu....hmmmm
Renung2kanlah
Berbagai2 pendapat melalui link di bawah
http://www.sofinahlamudin.com
http://qistinasumaiya.blogspot.com
http://www.usahawan.com
Ni salah satu entri yang saya rasa menarik nak share....
http://akuislam.com
Kisahku Ketika Makan Gaji dan Selepas Kerja Sendiri
Dua hari lepas aku menghadiri satu sharing session yang dianjurkan oleh satu group usahawan muda yang amat berjaya.
Dan salah satu sharing yang betul-betul
membuatkan aku termenung dan mengelamun mengenangkan diri aku sendiri
apabila dia menyentuh bab kerja makan gaji dan kerja sendiri.
Lebih
kurang 18-22 orang hadirin yang semuanya ialah lelaki dan ada di
kalangan mereka ialah usahawan sepenuh masa dan ada sebahagiannya masih
kerja makan gaji dan melakukan kerja sampingan untuk mencari pendapatan
tambahan.
Mentaliti Aku Dahulu Ketika Makan Gaji
Bagi orang yang makan gaji, mentaliti
dari segi rezeki yang dapat setiap bulan memang amat berbeza dengan
orang yang membuat bisnes sendiri.
Setiap bulan kita pasti akan mendapat
gaji dan tidak pernah risau akan saat di mana duit tidak cukup. Kalau
duit habis belanja bulan ini, ahhh tak pe, bulan depan dapat lagi, apa susah !!
Memandangkan aku juga dahulu seorang yang makan gaji dengan gaji bulanan yang agak lumayan maka aku bersetuju dengan beliau.
Apabila tetiba bulan ini aku terlebih
belanja, aku tak pernah risau yang duit tak akan habis sebab bulan depan
pasti majikan aku akan bayar gaji.
Namun atas sebab yang tertentu yang
tidak didapat elakkan aku terpaksa bekerja sendiri walaupun aku agak
menyesal pada mulanya kerana berhenti kerja.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya – itulah yang boleh aku katakan pada diriku sendiri untuk menyedapkan hati.
Mentaliti Aku Sekarang Apabila Buat Kerja Sendiri
Tetapi apabila kita berbisnes sendiri dan menghadapi saat apabila bulan tertentu duit habis belanja dan mengenangkan bisnes yang tidak begitu memberangsangkan, adakah kita akan terfikir bahawa, emm, tak pelah bulan depan gaji masuk lagi…
Sejujurnya, aku akan tidak senang duduk
kerana tiada majikan yang akan beri gaji lumayan yang tetap setiap bulan
sebab makan minum aku dan keluarga semuanya bergantung kepada bisnes
ini.
Dan ketika saat susah begini lah dalam hati sentiasa bermonolog, ” Ya Allah, berilah aku pelanggan hari ini” ” Ya Allah, tunjuk lah jalan aku dalam buat bisnes ini “.
Dan ketika inilah sejadah baru dicari untuk memohon petunjuk darinya…
Berbeza dengan aku dahulu ketika makan
gaji, boleh dikatakan tidak pernah mencari sejadah untuk solat hajat
secara sendiri memohon untuk permudahkan urusan pekerjaan aku.
Kalau ada pun itu pun sebab imam yang
ajak solat hajat berjemaah sesudah solat Maghrib atau Isya’ di masjid
dan bukannya kehendak diri sendiri.
Sememangnya perniagaan yang aku ceburi
ini banyak mengajar aku untuk lebih mengingati-Nya dan sentiasa meminta
dengan-Nya walaupun ketika hendak tidur.
Dan sedikit demi sedikit jalan yang ditunjukkan semakin nampak walaupun kadang-kadang kita tak perasan.
Contohnya kalau dulu aku seorang yang buta IT dan sekarang aku dah boleh mencari sesuap nasi secara online walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Sesuatu yang tidak aku sangka.
Apa yang dikongsikan oleh uasahawan
tersebut tentang kisah hidup dia memang betul sama dengan situasi aku
dahulu dan sekarang. Kadang-kadang kita tidak sedar percaturan Allah
memang terbaik untuk kita.
Sentiasalah Bersangka Baik Kepada-Nya
Walaupun pendapatan bisnes sendiri
tidaklah selumayan ketika makan gaji dahulu namun aku bersyukur dan
redha atas kehendak-Nya kerana ustaz sentiasa berpesan di dalam ceramah,
“Walaupun seteruk mana ujian yang
kita hadapi di dunia, kita wajib bersangka baik yang percaturan Allah
lebih baik daripada segala-galanya”.
Wassalam. :)
******
Penulis iaitu Zufar merupakan seorang
insan dan usahawan yang mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu islamik
dan juga merupakan seorang penulis di caridestinasi.com yang memaparkan
kisah dan panduan peribadi ke tempat-tempat menarik di Malaysia amnya.