My Shop

SELAMAT DATANG KE BLOG AWANA MENTARI!

Bagi yang first time masuk blog ni, agak keliru sebab blog ni campor macam-macam cerita, ada jual baju, tudung dan telekung, jual susu pun ada, resepi masakan, cerita peribadi, cerita jahitan, macam-macam semua ada. Jadi tidak terhad kepada jualan pakaian dan tudung sahaja kat sini.... Butik ONLINE kami menawarkan produk dan khidmat kepada semua golongan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik....
Silalah berkunjung ke sini selalu

SELAMAT BERSHOPPING!! ♥ :-)

Assalamualaikum Ladies & Girls !!!

Untuk memilih koleksi tudung dan pakaian, sila klik KOLEKSI TUDUNG dan TUDUNG MANJAKU di bahagian atas. Untuk lebih banyak koleksi dan memudahkan carian, sila klik di bahagian kanan page KOLEKSI HIJAB, KOLEKSI SHAWL, TUDUNG MANJAKU dan KOLEKSI INNER

Juga ada perkhidmatan TEMPAHAN JAHITAN

Harga Diskaun untuk Member Awana Mentari klik sini
Dont forget to follow our blog

Thank you for your support
Regards
♥Nani Maslina ♥

Saturday, May 31, 2014

PENGORBANAN WANITA DALAM RUMAHTANGGA



 TANGGUNGJAWAB WANITA DALAM RUMAHTANGGA

 


SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Saya terbaca tulisan wanita bersara pilihan kala berusia pertengahan 40-an. Beliau mempunyai tujuh orang anak di peringkat usia remaja.
Ia menarik hati apabila beliau menyatakan bagaimana setiap hari seusai solat Subuh, hatinya bertanya kepada diri:

"Apakah aktiviti hari ini yang mahu aku lakukan?"

Perkara sama juga diluahkan oleh seorang wanita muda yang terpaksa melepaskan kerjayanya mengikuti suami bertugas di luar negara.
Rutin hariannya bertukar sama sekali. Tugasnya bertumpu pada memasak, menguruskan rumah tangga dan melayani kerenah anak-anak dan suami.
Ungkapannya juga jelas: "Kadang-kadang muncul rasa bosan menjalani kehidupan seumpama ini. Ia rutin yang serupa setiap hari."

Duhai wanita yang dimuliakan. Tahukah puan apa yang telah kita putuskan kesemuanya gerak hati dari Allah? Percayalah, sesungguhnya wanita beriman mereka yang taat kepada Allah dan menurut suruhan Rasul-Nya serta menjadikan al-Quran sebagai pedoman.

Wanita beriman menjadikan surah adz-Dhariyat ayat 56 sebagai objektif kehidupan di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Lalu lembutkan hati dengan menerima dan merasai betapa yang dilakukan adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya.
Kesemua ibadat pasti dihitung pada hari pembalasan nanti. Insya-Allah, hilanglah gundah-gulana di jiwa.
Bukankah kita percaya dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya? Tugas sebagai isteri, ibu dan apa sahaja urusan yang telah dipertanggungjawab kepada wanita adalah suatu amanah yang wajib dipikul.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas semata-mata kerana taat kepada Allah SWT. Malah, kita turuti nasihat dan teladan sebagaimana ajaran Baginda SAW.
Duhai wanita yang dilembutkan hati untuk mentaati suaminya, apakah puan menyesal membuat pilihan bersara atau meletakkan jawatan tinggi kerana mahu menguruskan keluarga? Usahlah begitu. Ia gerak hati dari Allah.

Tanggungjawab
Pernahkah kita lalui ketika tubuh dan jasad begitu terbeban dengan urusan kerja? Kemudian, bila pulang ke rumah terasa mual dan loya melihat betapa tidak terurusnya rumah tangga.
Pernahkah kita menangis di dalam hati menanggung tekanan ini sehingga bagaikan mahu berhenti kerja? Malah, kita hilang sabar lalu melepaskan segalanya kepada suami dan anak-anak hingga ada ketikanya terbawa ke pejabat.
Pernahkah kita merasa belas melihat bayi dan anak-anak yang masih kecil ditinggalkan walaupun kelopak matanya masih terbuka kerana mahu ke tempat kerja? Bila pulang mereka sudah tidur bersama pembantu.



SOLAT berjemaah bersama keluarga merupakan antara kunci mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. – Gambar hiasan



Pernahkah kita menangis sendirian memikirkan tidak berpeluang memandi dan menyuapkan anak sendiri? Alih-alih anak membesar bersama pengasuh. Mereka lebih senang bercerita rahsia diri kepada pengasuh berbanding si ibu kandung.
Lalu Allah memakbulkan lintasan hati dengan melembutkan hati membuat pilihan begitu sehingga ada berasa hairan terhadap diri sendiri dengan tindakan mereka yang di luar jangka.
Misalnya, seorang bekas doktor perubatan berasa bebas dari perkataan on-call dan pernah berkata: "Saya tidak pernah terbayang akan berhenti kerja sebelum umur bersara. Allah... saya tidak menyesal. Kini saya mempunyai masa untuk keluarga dan diri sendiri. Rupanya banyak perkara lain yang bermanfaat dapat saya lakukan."
Seorang wanita berkelulusan doktor falsafah (PhD) yang terpaksa berhenti kerja kerana mahu bersama suami bermukim di luar negara berkata: "Apalah yang ada pada seorang isteri, hidup bersendirian menjalani kehidupan tanpa suami di sisi?"
Lalu, apabila reda, Allah mengurniakan nikmat kelapangan masa dan rasa bahagia dengan pilihan mereka. Wajah mereka ceria dan dengan berlapang dada, mereka melahirkan kata-kata bahawa tiada perasaan bosan kerana kini, setiap hari mereka dapat melakukan apa yang mahu dilakukan.

Masa
Sungguh setiap hari yang kita lalui pasti berbeza. Misalnya, setiap hari kita menyediakan atau makan hidangan berlainan.
Kita melihat wajah dan watak yang hampir berbeza setiap hari kerana mengalami peristiwa yang tidak sama. Mana ada satu hari yang Allah cipta serupa secara mutlak. Tidak. Tidak mungkin berlaku begitu.
Duhai wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya... jalanilah kehidupan baharumu dengan penuh bermakna bersama keluarga. Bahagiakan masamu untuk mereka dan untuk diri sendiri. Sesungguhnya kehidupan ini amat singkat.
Anak-anak membesar begitu pantas sekali. Mereka menjadi remaja, menyambung pengajian, keluar bekerja dan akhirnya berumah tangga. Mereka pasti meninggalkan sarang mereka. Akhirnya isteri hanya memiliki suami.
Hidup bersama suami juga sangat terhad masanya. Pejam celik, tiba-tiba mata melihat wajah kacak dan tubuh sasanya menghilang. Rambut, misai dan janggutnya berubah warna.
Duhai wanita... kenangilah apa yang telah dilalui semalam. Hayati apa yang ada pada hari ini. Fikirkan apa yang harus dilakukan untuk bekalan hari esok.
Sungguh, hidup ini singkat.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara