Cara Tukar Awning Tudung
Proses menyediakan awning
1
- Sediakan kain untuk awning, di sini saya buat contoh menggunakan kain dari material Rawsilk
- Saya gunakan pengeras / bakrum saiz biasa 2.5 inci.
- Seterika dan jahit seperti gambar ni
2
- Alihkan bakrum d bahagian yang ada jahitan.
- Tekap atau trace saiz awning yang kita nak tu...yg sesuai dengan muka

3
- potong lebihan dalam 1/2 inci dari garisan tadi untuk basi jahitan
Proses Membuang Awning Lama / Rosak

4 - Sediakan tudung yang nak dibaiki tu. Tetas di sekeliling awning mcm dalam gambar ni
5 - Potong mengikut garisan benang yang ditetas tadi. Close up garisan tetas

6
- TARAAAA..... dah siap potong

7 - Letakkan untuk kemaskan garisan di bahagian muka, nampak kan garisan tak sama tu? Yg tu kenala potong sbb nanti awning akan senget kalau kita biar mcm tu


8 - Ok dah sama kan, potong sikit di bucu kain bentuk segitiga sebagai penanda untuk sambung awning rawsilk yang dah siap nanti
Proses Menyambungkan Awning Baru
9
- Awning yang siap tadi dipotong bentuk V jugak di tengah-tengah seperti dalam gambar

10
- Sediakan body tudung dan diletakkan seperti ini
11
- Letakkan awning di atas body tudung seperti dlm gambar. samakan kedudukan V tadi dan pinkan

12
- Pinkan sehingga kemas


13
- Jahit cantum awning mengikut garisan yang telah ditekap tadi sehingga habis
14
Jahit tepi dari dagu sehingga habis ke semua
15
- Jahit tindih di bahagian luar awning dan siap.
Kalau rasa proses ni susah atau rumit nak buat sendiri...boleh hantar kepada saya.
Caj perkhidmatan tukar awning boleh KLIK SINI
Selamat mencuba :)